Friday 28 October 2011

Sukarnya menjaga hati ini Ya Allah

Coretan ini hanyalah sekadar luahan hati dan aku fikir semua orang pernah, sedang, atau akan menghadapinya suatu hari nanti...

Selalu aku dengar..selalu aku simpan dalam hati "Mujahadah itu sakit kerana Syurga itu terlalu manis". Kadang-kadang, kata2 aku pegang dan jadi penguat dalam diriku..tapi aku hanyalah insan biasa, hamba Allah yang hina, lalai dan sering melakukan kesalahan. Mungkin kerana banyak bintik2 hitam di hati yang menjadi hijab kepada aku untuk melakukan kebaikan..




Ya Allah....
Ampunkanlah segala dosa2ku
Hina diriku di sisimu
Malu aku untuk menghadap dirimu
Tapi aku tahu
Walau aku selalu lalai dalam mengingatimu
kau tak pernah meninggalkanku


Ya Allah...
Terlalu banyak yang Engkau berikan kepadaku
Semua yang aku minta
Dan 
Apa yang tidak aku pinta
Sayangnya Kau dekat aku


Ya Allah....
Malunya aku menghadap dirimu
Malunya aku nak meminta lagi daripadaMu
Layakkah aku untuk menghadapmu
Dalam keadaan diri yang serba kekurangan


Ya Allah...
Andai ini dugaan dariMu untuk diriku
Aku redha dengan semua tu
Apa yang aku pinta
Kurniakanlah aku kekuatan dan kesabaran
Supaya aku dapat 
Mengharungi liku-liku hidup
kerana aku sedar
seluruh kehidupan itu adalah cabaran
yang harus aku depani
yang harus aku tempuhi....
Ameen...





1 comment: